Rabu, 3 September 2014

Cream Foundation

Dah lama rasanya tak update blog. So hari ni saya nak update pasal cream foundation yang betul2 bagus. Sesuai untuk sapa2 yang suka kan mekup yang ringkas dan nipis. Kalau nak try cream foundation ni,boleh sms/whatsapp saya ye (efy-0177999480)

1st sekali try foundation ni memang puas hati. Lembut n licin je. Tak la terase tebal je muka kan. Kalau nak sapuan nampak lebih kemas dan rata, digalakkan sapu menggunakan berus ye. Kalau nak pakai jari pun boleh, tapi result dia kurang sikit la. Lepas dah sapu foundation tu, letak loose powder dan rata kan. Dah siap spray guna aquara spray tu. Pastu tengok hasilnye macamana. Tentu puas hati. Saya dah cuba....pergi kenduri kawin pakai set ni, balik dari kenduri pun still ada lagi. Memang tahan lama....

Kalau sape2 nak mekup kan untuk saudara mara ke, mekup dinner ke boleh la pakai produk ni. Sebab tak terlampau tebal...saya pun gunakan produk ini untuk mekup kan customer..

Nak order sms/whatsapp saya ye.
Open order setiap hari isnin- jumaat. Penghantaran akan dibuat pada hari sabtu atau ahad.

Sabtu, 28 Jun 2014

Tour Guide di Korea

Fuhhh...payah jugak nak cari pakej untuk pergi ke korea ni kan. Macam-macam pakej dah cari tapi semuanya terasa mahal dihati......hihihi. Al-maklumlah budget ciput je, tapi ada hati nak pergi sana kan. So saya nak tanya kot-kot, sapa-sapa tau kalau saya nak upah tour guide saja di korea tu nanti. Banyak dah yang saya email dan pm dia facebook, tapi tak ada yang reply2 pun....kalau boleh saya nak tau bayaran untuk khidmat tour guide sepanjang (4h 3m) dan bayaran penginapan sahaja. Yang lain-lain seperti transport, makan, entrence fee semua tu kami akan bayar kat sana je la kalau kami teringin nak pergi. Tour guide tu juz tolong bawakkan je....contoh macamni kat bawah ni la. Saya ada jumpe di satu blog, dia menyediakan khidmat ni....saya dah email tapi sampai sekarang tak reply2...so kalau ada student2 lain yang boleh buat khidmat macamni, please email saya ye: efy_yatie@yahoo.com.my

***Nak pergi musim winter

Contoh:

PENGINAPAN (GUESTHOUSE/MOTEL)
sy akan booking kn utk anda....bile smpai sane,anda bayar sndiri...pnginapan yg di cari ade la paling brpatutan...anda mmpu utk mmbayarnye....

MAKAN/MINUM
sy akan tnjukkn mkanan ape yg boleh di mkn...trutama skali msti la halal...nk lebih jimat lg...anda bawak la maggi cup leh mkn bile kt hotel nnti...

TRANSPOT/SUBWAY (TRAIN)
sy akan tnjukkn jgak mcmaner cara nk menaiki subway....cara utk beli T MONEY....dan sy akan tunjukkan kemana shj anda ingin pergi....

ENTREE FEE/TMPAT MASUK BRBAYAR
yg ini trpulang pada anda utk bayar atau pn just nk ambik gmbar shj....ini semua trpulang pd anda...klu anda rase tk perlu masuk....tkyah la masuk.....

Dgn cara ini anda boleh mnjimatkn wang anda....anda rancang sendiri prjalanan anda disana....dan sy hnye akan mmbawa ke mana shj tempat yg anda ingin pergi....

*** Kalau harga berpatutan insyaallah ramai yang akan pergi trip ni.

Jumaat, 20 Jun 2014

Persiapan Hari Raya

Huhuhuhu.....dah beli baju raya ke belum....??? Tak tahu la kenapa tahun ni excited pulak buat persiapan raya awal2. Belum masuk bulan puasa lagi dah ada dua pasang baju raya. Agaknya sebab tahun lepas tak dapat balik beraya, so tahun ni kira balas dendam balik la hahahaha. Tapi kalau nak ikut kan tahun ni banyak pulak berbelanja. Bila dah beli tu baru rasa menyesal. Bukan apa, selalu tak pernah nak beli baju yang mahal2.

Bukan nak kata menunjuk2, tapi sebelum2 ni memang jarang nak beli baju ready made, selalunya saya beli kain dan suruh kakak yang jahitkan. Cakap lah nak buat fesyen macamana, kakak saya buatkan je. Tapi tahun ni kakak pulak pregnant so memang tak boleh nak hantar kat dia. Nak hantar kat orang lain takut tak selesa pakai. Nak tak nak memang kena beli siap. So aritu saya dah beli dua pasang baju raya. Tapi kalau tengok kan harga memang jauh dari harga yang saya budget kan. Bayangkan tahun ni je bj raya saya sepasang dah mencapai harga RM2**. Kalau dua pasang dah berapa......omg....takut dengar harganya. Mungkin ada orang lain yang baju raya nya lebih mahal dari saya, tapi bagi saya, tahun ni memang melampau sangat budget nya..hahaha (dah beli baru menyesal kan). Nak buat mcmana dah beli dah pun. Nafsu membeli kuat sangat. Harap-harap tahun2 yang akan datang tak ada la nak membazir macamni...tu yg susah tu kalau shopping online. Tengok ada je baju yang lawa2, dah nak beli. Transfer je duit kan. Ni belum beli tudung, kasut semua lagi....huhuhu...

*Tahun depan dekat2 nak puasa jangan online la...hahaha. Takut terlebih budget lagi.

So pada sesiapa yang nak shopping raya tu, jangan membazir ye. Berbelanja mengikut kemampuan. Tapi kalau sekali sekala nak berbelanja lebih untuk diri sendiri tak salah kan. Asalkan tak membazir. Jangan jadi macam saya, dah beli baru rasa menyesal..... :-)

Jumaat, 13 Jun 2014

Kids Sports & Gym Area Larkin, Johor

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca-pembaca semua. For this entry saya nak tanya lah, ada sapa-sapa tahu tak kat mana ada kids sport & gym untuk kanak-kanak umur 3/4 tahun (area larkin, johor). Tak nak yang macam kindergarden sangat. Nak yang lebih pada playschool untuk budak-budak. Cuz saya bercadang tahun depan nak hantar anak ke playschool, bukan nak bagi dia belajar sangat, juz untuk bagi dia bergaul, berkawan dengan orang. Bagi dia biasa kan diri dengan orang luar. Kalau boleh nak hantar dalam 2/3 kali seminggu.

Saya ada terlihat satu tempat tu, tapi tempat tu jauh sangat di KL..Saya ni duduk area Larkin, Johor. Kalau ada tempat yang dekat-dekat lagi bagus. Saya tertarik dengan tempat tu tapi tak ada la pulak cawangan dia di JB ni. http://kizsports.com.my/en/index.php .Banyak program yang diorang sediakan sesuai ikut umur anak-anak kita. Kalau saya duduk berdekatan dengan tempat tu, rasanya dah lama saya daftar kan anak saya disana.

Anak saya tahun depan dah 4 tahun, so saja nak bagi dia biase kan diri dengan kawan-kawan. Tak nak la push dia sangat untuk belajar, sebab masih kecik lagi kan. Just nak suruh dia enjoy, belajar menyanyi, art, mewarna ke kan. Kira macam basic concepts. So kalau ada sape-sape yang terbaca entry saya ni yang tahu kat mane ada sports gym utk kanak-kanak macam yang saya beritahu tadi tu inform saya ye....please......

Rabu, 21 Mei 2014

Samsung Mega VS Samsung S5

Which one better?


Konfius-konfius...hihihi. Sebenarnya my husband nak beli kan saya handphone baru. So dia suruh saya fikir dulu nak handphone yang mane. Almaklumlah handphone yang lama ni dah uzur dah. Volume button pun dah tak betul. Tempat nak charges phone pun dah tak boleh nak masuk. Repair dah 2,3 kali dah. Tapi still jugak sama. Nak beli iphone macam tak mampu je...hahahaha. So decide nak beli samsung je la sebab dah terbiasa guna hadphone brand tu kan.

Antara yang jadi pilihan saya SAMSUNG MEGA & SAMSUNG S5. Setahu saya samsung mega ada dua jenis kan. Satu samsung mega 6.3 dan satu lagi samsung mega 5.8. Saya tak tahu apa beza antara dua jenis phone tu. Yang samsung S5 pulak, yang saya tau dia kalis air je. Yang lain-lain tu saya tak berapa tau sangat. So antara dua handphone ni, agak-agak yang mana lagi ok ye.

Saya kalau tanya pasal handphone memang tak tahu sangat. Tau guna dan amik gambar je. Yang lain-lain, kalau sebut RAM ke, ape lagi, HD ke ape saya memang tak tahu. So kalau ada antara pembaca-pembaca yang pernah guna antara dua handphone tu boleh la beritahu kat saya ye. Yang penting saya nak kamera dia yg terang. Tak kisah la samada kamera belakang or front kamera...hihihi. Sebab saya ni suke amik gambar. So memang penting kan kualiti kamera.










Gadget:Monopod

Huhuhu..akhirnya tercapai juga hasrat nak memiliki monopod ni. Ketinggalan zaman sikit...hahahaha. Orang lain dah ramai yang guna, saya baru la nak merasa. Tak pe la sekurang-kurangnya dapat la jugak daripada tak dapat....hihihihi. Sampai je barang terus je test....

Saya beli ni dari laman web lelong .com. Memang saya selalu beli apa-apa barang melalui sana je. So far selama saya beli ni tak ada lagi la masalah yang timbul. Semua barang sampi ikut time yang dijanjikan... So saya beli monopod ni sekali dengan bluetooth shutter dia. Kalo beli asing-asing rasanya lagi mahal kot kan. So saya beli sekali. Pakej la kiranya kan. Untuk dua-dua item tu saya dapat dengan harga RM39.90 tak termasuk postage. Agak-agak mahal ke murah. Murah la kan utuk dua item sekali. Sebab ada yang saya tengok jual kat facebook untuk bluetooth shutter je dah rm30 keatas.

Untuk monopod ni memang dapat free holder ye. So phone holder tu memang ngam-ngam la untuk handphone note ll saya. Kalo handphone yang besar sikit dari note ll tak muat la saya rasa sebab dah habis bukak dah untuk handphone saya tu. So pasni kalo nak tukar handphone tak boleh cari yang saiz besar dah. Yelah, nanti sape nak pakai monopod tu pulak...hahaha. Dah membazir tak ada sape pakai. Maybe ada jual holder phone yang size besar kot. Kalau ada sape-sape tau kat mana ada jual phone holder yang big size inform-inform saya ye...

Monopod+Holder+Bluetooth Shutter

So hari raya tahun ni boleh la berselfie puas-puas dengan cousin-cousin ye...Hahaha.. Doa-doa lah supaya my husband dapat cuti raya tahun ni. Tahun depan dah la tak dapat balik. Kalau tahun ni pun tak dapat, menangis tak berlagu la jawabnya....wuuuuaaaaaaa....

Jumaat, 9 Mei 2014

Cara mudah mengerjakan Umrah

Kali ni saya nak share cara mengerjaka umrah yang paling ringkas mengikut pengalaman saya sewaktu menunaikan umrah sebulan yang lepas. 1st sekali sebelum nak menunaikan umrah kena niat la kan. Sebelum nak niat tu pastikan kita dah mandi sunat ihram, solat sunat ihram dan juga memakai pakaian ihram. So bagi sesiapa yang baru 1st time nak pergi tu dan tak dapat bayangkan macamana kat sana nanti. Boleh ikut cara saya ye.


Panduan menunaikan umrah:




1-  Tanda (1) adalah garisan untuk memulakan tawaf. Sebelum mula tawaf lambai dulu di kaabah sambil membaca:
''Bismillahi allahuakbar walillailham''  (3x) 
dan mengucup tangan. Tawaf ikut lawan pusingan jam.

(Antara  penjuru (1) hingga penjuru (4), bacalah doa sendiri. Atau boleh mengaminkan doa yang dibaca oleh mutawif)

2- Sampai di penjuru yang bertanda (4), kena istilam juga sambil membaca 
''Bismillahi allahuakbar walillailham''

3- Dalam setiap pusingan antara penjuru (4) ke penjuru (1) itulah rukun yamani. Di rukun yamani bacalah doa dibawah ini:


Sampai di penjuru (1) balik, bermakna telah lengkap 1 pusingan.

4- Ulang balik step 1 hingga 3 tadi. Setelah selesai 7 kali pusingan, solat sunat di belakang Maqam Ibrahim. Tak dapat solat betul-betul dekat belakang maqam ibrahim pun tak apa. Jauh sikit pun boleh. Sebab dalam keadaan orang yang ramai, mustahil boleh solat betul-betul dekat belakang maqam ibrahim tu.


Sumber google - Maqam Ibrahim. Tempat mustajab doa.


5- Selesai solat sunat, minum la air zamzam yang ada di sepanjang jalan masuk ke masjid. Sunat minum menghadap kiblat. Minum dalam 3 teguk, 5 teguk atau 7 teguk. Selesai minum, bergerak lah ke tempat saie.

6- Niat saie umrah:
          ''Sahaja aku saie antara safa dan marwah tujuh pusingan kerana Allah Taala''

7- Bergerak ke tempat saie sambil membaca doa (boleh ikut mutawif):
         "Bismillahirrahmanirrahiim. Abda u bimabada Allahu bihi warasuluh. Innas safa walmarwata min sya'airillah. Faman hajjal baita awi'tamara fala junaha 'alaihi ayyatawwafa bihima waman tatawwa'a khairan fa innallaha syakirun 'alim."

8- Sampai di bukit safa, menghadap ke kaabah sambil membaca (sambil agkat kedua-dua tangan):
''Allahu akhbar, allahu akhbar, allahu akhbar Walillailham''

Dan kemudian berdoa:
Allahu Akbar 'alama hadana walhamdulillahi 'alama aulana la ilaha illalahu wahdahu la syarika lahu, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu biyadihil khairu wahuwa 'ala kulli syai inqadir. La ilaha illallahu wahdahu lasyarika lah, anjaza wa'dahu wanasara 'abdahu wahazamal ahzaba wahdah, la ilaha illallahu wala na' buduilla iyyahu mukhilisina lahuddina walau karihal kafirun"

9- Mulakan saie dengan melangkah kaki kanan. Berdoa apa yang kita hajati atau boleh mengaminkan doa mutawif. 

10- Sampi di garisan hijau, yang lelaki berlari-lari anak sambil membaca doa:
"Rabbigfir warham wa'fu watakarram watajawaz'amma ta'lam, innaka ta'lamu mala na'lam. Innaka antallahul a'azzul akram."

11- Kemudian boleh lah sambung doa yang masih berbaki sebelum sampi di bukit marwah.

12- Ketika nak mendaki atau naik bukit marwah tu, bacalah doa:
"Inna Safa walMarwata min sya'airillah. Faman hajjal bita awi'tamara fala junaha 'alaihi ayyatawwafa bihima. Waman tatawwa'a khairan fainnallaha syakirun 'alim."

13- Sampai di bukit marwah, menghadap ke kaabah sambil membaca (sambil angkat kedua-dua tangan):
''Allahu akhbar, allahu akhbar, allahu akhbar Walillailham''

14- Teruskan semula perjalanan menuju ke safa. Berdoa sepanjang perjalanan menuju ke safa. Tiba di garisan hijau baca doa seperti di nombor (10). Kemudian bila sampi di bukit safa, menghadap ke kaabah, berdoa dan melambai-lambai tangan seperti di nomber (8). Begitulah seterusnya sampai la lengkap 7 pusingan yang akan berakhir di bukit marwah.

14- Setelah tamat saie di bukit marwah, bacalah doa yang dipimpin oleh mutawif:
''Rabbana taqabbal minna wa'afina wa,fu 'anna wa'ala tha atika wasyukrika a'inna wa'ala ghairika latakilna wa alal imani wal islamil kamili jami'an, tawaffana wa anta radin anna. Allahummar hamni bitarkil ma'asi abadan ma abqaitani warhamni an atakalaffa ma la ya'nini warzugni husnan nazari fima yurdika anni ya arhamar rahimin''

15- Kemudian boleh la bertahalul. Bergunting atau bercukur  Seelok-eloknya mengunting rambut yang disebelah kanan hadapan kepala. Yang lelaki bercukur.

16- Selesai umrah. Bebas lah dari segala pantang larang.